Pages

AKTIVITI MINGGUAN SURAU KG. PONDOI
HARI
AKTIVITI
PEMUDAHCARA
ISNIN MINGGU 1 & 3 KULIAH HADITH US. SUHAIMI BIN MOHD ISA
ISNIN MINGGU 2 & 4 KITAB PERMASALAHAN IMAM DAN MAKMUM US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
KHAMIS TAZKIRAH RINGKAS DAN BACAAN YASSIN US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
* Semua aktiviti di atas dijalankan selepas solat Maghrib

Selasa, 30 November 2010

AJK SURAU KG. PONDOI

PENAUNG
YM Dato’ Lela Paduka Hj. Mahisar bin Hj. Sabar
PENASIHAT
Us. Muhazam Hj. Mohamad (Imam2 Masjid Kg Pondoi)
PENGERUSI
Tn. Hj. Mohd Shah bin Mat Soi
NAIB PENGERUSI
YM Dato’ Laksamana Sulaiman Yaakop
SETIAUSAHA
En.  Adzmir Helmi B Hj. Md Rahim
IMAM
BENDAHARI
IMAM MUDA
Tn. Hj. Suib bin Mohd Yusof
En. Aris bin Mohd Yusof
Us. Hambali Abd. Malek
BILAL 1
BILAL 2
SIAK
En. Razak Abdullah
En. Mad Noh Mutasim
En. Rahim bin Hassan
AJK
AJK
AJK
En. Md. Razi bin Baharom
Tn. Hj. Mohamad bin Yusoh
Tn. Hj. Othman Dahal
AJK
AJK
AJK
En.  Abdul Ghani Mutasim
Pn. Siti Khadijah Abd Manaf
En. Muhazir Hj. Mohamad
AJK
AJK
AJK
Pn. Bainah Hj. Kasim
Pn. Norizan Mohd. Nor
Hjh. Noriah Latif
AJK
AJK
Pn. Zaharah Ninggal
Hjh Halimah Abd Majid

TALIAN HAYAT

SURAU KG. PONDOI
73000 TAMPIN
NEGERI SEMBILAN

NO. TEL : 06-4486976
email : suraupondoi@yahoo.com

SEJARAH PONDOI


Sejarah berkisar tentang kegigihan seorang pawang yang bernama Pawang Londoi bersama-sama anak-anak buahnya membuka kampung ini dengan kuderat tenaga empat kerat bermandi peluh memerah keringat. Hasil penat jerih beliau bersama-sama anak-anak buahnya maka terbinalah sebuah perkampungan kecil yang serba kekurangan.

 Setelah bermesyuarat mereka telah sepakat memilih Pawang Londoi sebagai penghulu kampung ini yang pertama. Kampung ini pula telah diberi nama Pondoi sempena nama Pawang Londoi iaitu orang yang telah bertanggung jawab membuka kampung ini.

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


Laman Web Surau Kg. Pondoi mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai program surau yang boleh dijadikan rujukan bagi semua pihak yang prihatin terhadap surau ini. Mudah-mudahan semua yang dipaparkan itu dapat memberikan gambaran ringkas merangkumi prasarana, pengurusan dan pentadbiran surau ini.
Saya bersyukur kerana surau ini mendapat sokongan penuh dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin, Parlemen Tampin dan seluruh penduduk Kg. Pondoi.  Permuafakatan semua pihak telah membawa kemesraan dan keharmonian yang membolehkan pengurusan surau dijalankan dengan licin. Saya yakin visi dan misi surau akan tercapai dengan kerjasama berterusan semua yang terlibat.
Sebagai Pengerusi Surau, saya akan kekalkan budaya yang baik dan terus berusaha untuk mencipta sejarah. Saya berharap semua penduduk Kg. Pondoi dapat bangun sederap, mara sepakat demi kecemerlangan surau dan kejayaan dalam usaha menjana modal insan impian negara.
Sekian, Terima kasih

Hj. Mohd. Shah bin Mat Soi PJK. PMC
Pengerusi Surau
Kg. Pondoi