Pages

AKTIVITI MINGGUAN SURAU KG. PONDOI
HARI
AKTIVITI
PEMUDAHCARA
ISNIN MINGGU 1 & 3 KULIAH HADITH US. SUHAIMI BIN MOHD ISA
ISNIN MINGGU 2 & 4 KITAB PERMASALAHAN IMAM DAN MAKMUM US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
KHAMIS TAZKIRAH RINGKAS DAN BACAAN YASSIN US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
* Semua aktiviti di atas dijalankan selepas solat Maghrib

Selasa, 30 November 2010

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


Laman Web Surau Kg. Pondoi mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai program surau yang boleh dijadikan rujukan bagi semua pihak yang prihatin terhadap surau ini. Mudah-mudahan semua yang dipaparkan itu dapat memberikan gambaran ringkas merangkumi prasarana, pengurusan dan pentadbiran surau ini.
Saya bersyukur kerana surau ini mendapat sokongan penuh dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Tampin, Parlemen Tampin dan seluruh penduduk Kg. Pondoi.  Permuafakatan semua pihak telah membawa kemesraan dan keharmonian yang membolehkan pengurusan surau dijalankan dengan licin. Saya yakin visi dan misi surau akan tercapai dengan kerjasama berterusan semua yang terlibat.
Sebagai Pengerusi Surau, saya akan kekalkan budaya yang baik dan terus berusaha untuk mencipta sejarah. Saya berharap semua penduduk Kg. Pondoi dapat bangun sederap, mara sepakat demi kecemerlangan surau dan kejayaan dalam usaha menjana modal insan impian negara.
Sekian, Terima kasih

Hj. Mohd. Shah bin Mat Soi PJK. PMC
Pengerusi Surau
Kg. Pondoi

0 ulasan:

Catat Ulasan