Pages

AKTIVITI MINGGUAN SURAU KG. PONDOI
HARI
AKTIVITI
PEMUDAHCARA
ISNIN MINGGU 1 & 3 KULIAH HADITH US. SUHAIMI BIN MOHD ISA
ISNIN MINGGU 2 & 4 KITAB PERMASALAHAN IMAM DAN MAKMUM US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
KHAMIS TAZKIRAH RINGKAS DAN BACAAN YASSIN US. MUHAZAM BIN HJ. MOHAMAD AL YUSUFI
* Semua aktiviti di atas dijalankan selepas solat Maghrib

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Hari ini, seluruh umat Islam sedang memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang penuh barakah itu. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t

Sambutan Maal Hijrah di negara kita pada tahun ini bertemakan “1Malaysia, 1Ummah”. Tema ini bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah s.a.w. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian.

'”SALAM MAAL HIJRAH”

0 ulasan:

Catat Ulasan